Isnin, 18 Januari 2016

TAMAN NEGARA

Taman Negara Pahang,satu lagi tempat pelancongan yg terletak di Banjaran titiwangsa yang berada di daerah Jerantut dan Lipis,

April hingga November waktu yang paling sesuai,untuk berkunjung ke Taman Negara ini.

Terdapat aktiviti menarik yang dapat dilakukan disini,Antaranya ialah meniti Titian konopi(conpy walk) ,melawat penempatan orang asli,Rapid shooting,walk dan night river safari juga pada yang minat memancing aktiviti memancing.

Para pelancong juga boleh memilih beberapa tempat penginapan di Taman Negara,salah satu penginapan yang selesa yang terdapat disini ialah tempat penginapan Han Rainforest,pesekitaran resort yang sangat menarik dan mempunyai tempat penginapan yang menepati citrasa pengunjung, Antra kemudahan yang terdapat di Han Rainforest ialah cafe,pusat urutan tradisional dan dewan untuk seminar.
Terdapat beberapa pakej untuk penginapan di Han Rainforest Resort
Premier Rooms dari Rm 180-RM 350,
Budget Rooms dari Rm 25-RM 130.

Untuk keterangan lanjut sila ke laman web www.han-rainforestresort.com atau di talian 09-2667888/2667241 Fax 09-2666982/2667637
Hp:016-2196908/012-26838208/012-9882022

Selasa, 5 Januari 2016

Masakan istemewa kuala tahan

Selain dari mempunyai hutan simpan yang menarik,terdapat juga beberapa jenis makanan
Yang sangat menarik di Kuala tahan Pahang.

Chef Ismail bin yusuf,berpengalaman dalam bidang masakkan selama 15 tahun,Chef Ismail juga seorang yang arif dalam menyediakan masakan dikuala tahan.Antara masakan yang terdapat dikuala Tahan ialah Gulai Tempoyak patin yang semestinya terkenal di Negeri Pahang,Tapi pasti ada yang tidak tahu Respi Tempoyak patin berbeza di daerah-daerah Pahang,selain daripada Gulai Tempoyak Patin Kuala Tahan juga mempunyai hidangan istimewa seperti Gulai Ikan Asam Belimbing,Gulai Asam Rom,Sambal Asam belimbing dan sambal Asam Rom.
Sambal Belimbing hitam
Sambal Asam Rom
Gulai Asam Belimbing
Gulai Asam Rom

Kepada yang berkunjung ke Kuala tahan jangan lepaskan peluang untuk merasai keaslian masakan istimewa di sini.