Jumaat, 14 November 2014

EKSPLORASI EKO PELANCONGAN SUNGAI LEMBING PAHANG

Pada tarikh 11-13 November 2014,Tourism Malaysia Pahang telah mengadakan sebuah program ekplorasi eko pelancongan Sungai lembing pahang,program ini telah disertai seramai 40 orang,para peserta yang hadir adalah daripada agensi pelancongan Negeri Pahang,pengusaha proudak eko pelancongan,Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Pahang,Persatuan Pelancongan Negeri Pahang,wakil media,pegawai Tourism Malaysia seluruh Malaysia dan RTM Pahang sebagai rakan media rasmi Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang,En Faharuddin Bin Hatmin,telah menyempurnakan Majlis Perasmian Ekplorasi Eko Pelancongan pada 11 November 2014 di T-box Sungai Lembing.

Tujuan program sebegini dibuat adalah untuk mengumpul maklumat bagi menyampaikan maklumat lebih berkesan kepada para pelancong didalam Negara juga di luar Negara.
Memberi pengalaman kepada perserta akan prouduk eko pelancongan yang terdapat di Sungai Lembing,memberi pendedahan kepada rakan media supaya dapat mempromosikan dan menulis mengenai proudak di Sungai Lembing bagi  meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Pahang,menghasilkan pakej eko pelancongan yg baru sempena Malaysia Year of festival 2015 dan meningkatkan jumlah jualan proudak.

Eksplorasi 3 hari 2 malam ini,telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.keindahan alamsemulajadi di Sungai lembing amat indah.Terdapat juga 'periuk kera'yang tersimpan di kawasan Air terjun sungai pandan yang mempunyai spesis yang sukar ditemui.Aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program ini serperti berbasikal,jungle tracking ke Rainbow waterfall,ATV,fliying fox S.U.P,melawat ke Muzium sungai lembing dan Terowong 'The Gret Mines'.Esyapiet akan menceritakan pengalaman yang menarik ini satu persatu di penulisan yang seterusnya.Jutaan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Pahang atas memberi peluang menyertai program yang sangat menarik ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan