Isnin, 8 September 2014

Destinasi kepenghujung benua asia"Tanjung Piai"

Buat pertama Kali nya,Dan tanpa disangka esyapiet sampai ke titik paling akhir Benua Asia Yang teletak. Ditanjung piai,tanjung piai yang teletak di daerah pontian ini jaraknya 75 kilometer dari Bandar Raya Johor Bahru.

bagaikan mimpi di siang hari sampai kesini,untuk sampai kehujung titik ini,esyapiet 
dan sahabat media yang lain telah berjalan sepanjang  2 km,di dalam perjalanan kita akan 
Dapat menyaksikan khazanah Alam semulaji,
Hutan paya bakau dan di huni oleh pelbagai jenis haiwan,
pokok bijiran yang di kenali sebagai paku piai,sempena pokok binjiran itulah,tersebut nya nama untuk hutan simpan,tanjung piai,hutan bakau yang luas ini telah di gazetkan sebagai Hutan simpan paya bakau,keseluruh kawasan Taman Negara ini,meliputi 562 hektar kawasan bakau dan 400 hekta kawasan tanah lembut.
terdapat laluan khas berupa jambatan kayu untuk merentasi hutan paya bakau untuk keberapa destinasi,antara aktiviti yang boleh dilakukan disini,memancing,berkhemah dan
Melihat kunang- kunang,untuk memasuki taman negara ini,tiket diperlukan dan ada dikaunter,pintu masuk hadapan tiket berharga rm 5.00 bagi dewasa,rm 3.00 bagi kanak- kanak,
mercu tanda yang berukuran 20meter ini,di bina oleh kerajaan negeri johor pada tahun 2001,yang dibina,dari gentian konkrit,warna kelabu dipilih bagi mengambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpur yang berada di penghujung Benua Asia.
menikmati keindahan  di tanjung piai,adalah satu pengalaman yang esyapiet tak dapat lupa kan tarikan fauna dan flora disini membawa kita mendekati alamsemulaji,pada yang datang kedaerah pontian,rasai lah dan nikmati lah Taman Negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan