Sabtu, 20 September 2014

Projek Cendawan Tiram Kelabu

Tiram kelabu atau nama sainstifi nya Pleurotus,esyapiet dan sahabat media yang lain telah berkunjung ketapak projek ini,ketika kami berada Joho  darul takzim bagi mempromosikan produk-produk yang berada di negeri johor,sempena cuti-cuti Malaysia 2014.

Projek Cendawan Tiram Kelabu ini,telah di jalankan oleh pengushanya yang bernama Riduan Bin Zainuddin,di kg Sri.paya,kulaijaya.

Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang telah digunakan untuk  memproses Cendawan ini.

Antara bahan-bahan yang digunakan habuk kayu,dedak halus dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 dan campuran air bagi melembapkan pada 60-65%.semua bahan di gaul rata dan di mampatkan kedalam beg plastik yang jernih dan tahan panas,kemudian 
Di lakukan pula proses pengukusan ia perlu di 
Jalankan untuk membunuh organisma,pengukusan dibuat di dalam tong dram selama 7-12 jam.
Mesti ada yang belum tahu tentang cendawan tiram kelabu yg mengandungi antioksida dan kalsium yang tinggi,orang cina dan jepun sangat suka meletakan ke menu masakan meraka.
bagi yang ingin mengetahui proses-proses selanjutnya boleh singgah ke Alamat c -57,kg sri paya,batu 26,kelapa sawit 81030,kulaijaya,Johor Darul  Takzim atau hubungi 017-7917473(Riduan Bin Zainuddin).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan