Selamat datang ke Homestay maju manik,yang terletak di kampung Sungai Batu,Mukim sungai manik.kami sahabat media tiba di homestay ini sekitar jam 12.00 tengahari ketibaan kami disabut dengan meriah sekali oleh tuan rumah homestay
sebelum mendengar penerangan tentang homestay maju manik,kami sahabat media telah di jamu dengan menu istmewa,ubi ketuk dan puding labu,ubi ketuk yg di cicah dengan sambal tumis ikan bilis sangat sedap rasanya,begitu juga puding labu yang sangat unik,makan sekali nak lagi.Begitu juga hidangan makanan tengahari kami,masakan kampung iatu,itik masak hitam,puyuh goreng,masak lemak pucuk ubi,ikan pekasam,tompoyak,pecal dan ulam-ulam.
suasana homeystay yang dikelilingi sawah padi ini pastinya menenangkan pengunjung yang biasa duduk di bandar,tenang dengan kehijaun sawah padi,selain daripada sawah,terdapat dusun buah-buahan bermusim,seronoknya kalau jatuh pada musim durian,menurut keterangan pak leh,disini dijalankan program anak angkat dan Aktiviti seperti,musang berjanggut,persembahan pukong,menangkap ikan menggunakan serkap,mengagau itik disawah padi dan bangak lagi aktiviti yang menarik.
Bagi yang ingin merasakan,keindahan kampung yang di sekelilingi sawah padi,maju manik salah satu homestay yang menarik untuk bercuti,layari facebook Koperasi Maju Manik Hilir perak berhad,
Alamat bagi homestay ini ialah
No.1,Lot 632,parit 12 A
Kampung Sungai manik
Atau hubungi 011-2494 6158(pak leh)
best nyaaaa
BalasPadamhuhuhu
BalasPadami pun sangat suka ubi ketuk dan puding labu tu
sgt unik
MY-Emily