Kali ini esyapiet mengikuti program sahabat media ke johor,kami semua telah melawati ladang nanas di stesen Nanas Alor Bukit
cuaca yang agak panas diladang ini,membuat tekak esyapiet berasa sangat dahaga,tanpa melengahkan masa,esyapiet terus merasa nanas yang telah dihidangkan pada kami,rasa nanas yang sangat manis,esyapiet difahamkan nanas yang esyapiet makan tadi adalah nanas madu,
ladang nanas yang berkeluasan 300 ekar ini,di bawah lembaga perindustrian nanas malaysia,terdapat pelbagai jenis nanas disini dari serata negeri,jangkaan hasil penuaian nanas ialah penanaman kawasan tanah gambut 13 bulan hingga 14 bulan dan penanaman kawasan tanah mineral 13 bulan hingga 15 bulan,esyapiet tetarik pada nanas md2.apa itu nanas md2,
Md2 ialah varieti baru nanas hibrid yang memiliki lebih kemanisan,nanas ini membesar dengan saiz yang seragam,selain itu varieti ini sesuai untuk pengetin dan pemprosesan.
selasai sudah kami sahabat media di ladang nanas yang kaya dengan nanas ini,pada yang ingin melawat ladang nanas ini,boleh kemari,rasai sendiri kemanisan nanas- nanas di ladang ini,
Alamat :
Lembanga perindustrian nanas malysia
Stesen nanas alor bukit
81500 pekan nanas
Johor darul takzim.
Dan boleh menghubungi haji Asri,no tel: 0197744459 haji asri bertangung jawab tentang pengurusan ladang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan