Ahad, 7 September 2014

Istana lama seri menanti

Selepas selesai solat jumaat bagi kaum lelaki,kami sahabat media telah melawat ke istana lama,seri menanti yang kini dijadikan Muzium diRaja Seri menanti,
Kami sahabat media,sangat bebesar hati dengan kehadiran YAM tunku Zain Al-Abidin,putera kedua YAM Tengku Muhriz,yg sudi meluangkan masa bersama kami sahabat media untuk bersama-sama berkongsi kisah hidup Dan pengalaman,

istana lama seri menanti telah dibina pada tahun 1902 dan siap pada 1908,istana ini telah di reka oleh dua orang tukang melayu,pelan istana telah diperincikan oleh ketua pelan pelukis,Mrwoodford dari jabatan kerja raya,istana lama ini,kini sudah dijadikan Muzium di Raja,apabila Yang Di- Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah,berpindah ke istana baru yang dibina berhampiran istana lama,

Tunku zain yang amat berjiwa rakyat,membuatkan kami,sangat gembira bertemu tunku,sangat peramah dan sejuk mata memandang tunku zain
secebis kenangan bersama tunku zain,sebelum tunku zain berangkat pulang,dan perkatan terakhir tunku kepada kami semua " den nak poie kl"
Jutaan terima kasih kami sahabat media ucap kan pada tunku zain yang sudi meluangkan masa dan melayan karenah kami masa bergamba,juga tak lupa pada tourism N.sembilan yang turut berkerjasama.

aktiviti petang kami diteruskan dengan  pertandingan tradisonal seperti boling tin menggunakan bola kelapa,tarik upih dan konda- kondi,gelagat peserta yang amat mencuit hati,yang lelaki berkain pelekat,yang perempuan berkain batik,mengimbau zaman kanak- kanak rasanya apabila esyapiet bermain konda- kondi
Di sebelah malam pula,kami telah makan malam di bawah istana lama,makan bersilo,hidangan yang sangat sedap masak tradisi Negeri sembilan,
menu yang disediakan seperti rendang itik dengan daun puding hitam,masak lemak nangka,sambal udang dan petai,tempoyak daun kayu,telur masin serta ulam-ulam.
Selara sungguh para sahabat media menjamu hidangan masakan tradisi N.sembilan.

1 ulasan:

  1. mano ado rondang itik dengn daun pudina kak ooiii...hahhaaa....daun pudinglah

    BalasPadam